Monday, December 13, 2010

Hadapi PRU 13, DAP Tangguh Pemilihan

SHAH ALAM 14 DIS : Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan penangguhan konvensyen tahunan parti itu selama 12 bulan sehingga bulan Ogos 2012.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata ianya selaras dengan keputusan parti komponen Barisan Nasional, Umno dan MCA menangguhkan parti masing-masing sebagai isyarat jelas Pilihanraya Umum mengejut yang berkemungkinan akan diadakan tahun depan.

"Ini untuk mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi PRU ke-13 yang paling kritikal. "Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pertemuan malam tadi memutuskan untuk menggunakan Klausa VIII dari Perlembagaan Parti untuk menunda kongres parti dan konvensyen negeri selama 12 bulan.


sumber:idhamlim.blogspot.com

Lembaran Baru

Alhamdulillah, setelah hampir setahun blog ini terbengkalai, saya akan memulakan blog ini semula. Saya harap pembaca puas hati selepas membaca blog ini. sekian, wassalam.

Wednesday, December 23, 2009

PENAMAT BLOG INI

ASSALAMMUALAIKUM,KINI,SETELAH LAMA BLOG INI TERBENGKALAI, SAYA AKAN MERASMIKAN PENUTUPAN BLOG INI SELAMA DUA TAHUN. DARI 2010 - 2011.INSYAALLAH BLOG INI AKAN BEROPERASI SEMULA PADA 2012. SEKIAN TERIMA KASIH.

Wednesday, November 4, 2009

KRISIS PERAK : IMEJ MALAYSIA BURUK DIMATA MASYARAKAT DUNIA


IPOH, 4 November : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini sekali lagi menggesa agar kerajaan UMNO dan Barisan Nasional Perak hentikan penipuan terhadap rakyat dan jangan sesekali menzalimi rakyat Perak. Beliau mengatakan, natijah daripada tindakan gelojoh UMNO dan Barisan Nasional merampas kerajaan Perak dengan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Perak, Malaysia kini dilihat semakin lemah di mata dunia. Perkara ini akan menyukarkan Negara Malaysia berhadapan dengan globalisasi dunia .

Menurut beliau lagi Dalam usaha kita menjalin hubungan dengan negara luar, sudah tentu Malaysia akan dilihat sebagai negara yang terkebelakang berbanding negara lain, akibat krisis pelanggaran demokrasi di Negeri Perak ini.

Katanya lagi, perkara ini adalah disebabkan oleh ketiadaan pengasingan kuasa akibat daripada pelanggaran kuasa yang telah dibuatoleh Barisan Nasional. Menurut Perlembagaan Persekutuan, ketiga-tiga badan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran
(eksekutif) dan badan kehakiman (judiciary) adalah 3 badan yang berasingan yang tidak boleh dicampuri apalagi dirosakkan, perkara ini sangat penting bagi mengelakkan pemusatan kuasa oleh mana-mana badan.

Memetik ucapan beliau ”Akan tetapi, apa yang menjadi masalah kini, UMNO/BN adalah pencetus dan penggerak dalam merosakkan keharmornian ketiga-tiga badan ini di Negeri Perak ” ”Selain daripada itu, tindakan UMNO mengenepikan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak juga merupakan satu lagi pencabulan undang-undang oleh UMNO dan Barisan
Nasional di Negeri ini ”. Menurut beliau lagi akibat tindakan UMNO/BN ini, krisis Perak ini telah mengundang pemerhati politik dari seluruh dunia untuk memerhatikan politik kotor UMNO/ BN di Perak ini.

Natijahnya, politik Perak bukan dilihat sebagai rujukan yang baik untuk dicontohi akan tetapi, rujukan bagaimana sebuah sistem demokrasi boleh diruntuhkan oleh kuasa autokrasi perakar ini terbukti dalam perancangan rampasan kuasa kerajaan negeri oleh UMNO/BN di Perak ini.Jelas beliau.

Kelantan Mungkin Tolak Petronas...


Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Sehubungan itu, kata Husam, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar kepada kerajaan negeri dan sebuah badan penyelaras ditubuhkan yang turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut.

“Sekali lagi kami berharap perdana menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian negara malaysia,” katanya.

Mengenai penubuhan panel guaman tersebut, Husam berkata, antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada PETRONAS untuk mencarigali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.

2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa.

“Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan dari panel guaman tersebut,” kata Husam.

Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mempersoalkan mengapa 'wang ehsan' harus diurus oleh kerajaan pusat

“Pengumuman perdana menteri bahawa kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik.

“Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaultan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata,” katanya.

Di samping itu, kata Husam, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan.

“Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu,” katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu, berjaya.

"Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ihsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatif kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak itu.

Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.

Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik. Malaysiakini/-

Tuesday, November 3, 2009

JAIS diminta hadir mesyuarat exco, jelas isu tahan Dr Asri


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berhubung penahanan dan siasatan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menteri besar Selangor juga mengundang mufti untuk memberi penjelasan isu tersebut kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam mesyuarat mingguannya esok.

Mohd Asri disiasat bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 atau mengajar agama tanpa tauliah selepas ditangkap tengah malam semalam di Hulu Kelang.

Beliau ditahan ketika menyampaikan kuliah agama di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay.

Turut hadir di tempat kejadian, ahli parlimen PKR bagi Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN PAS bagi Hulu Kelang, Saari Sungib.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi semalam menjelaskan, jabatan belum mendakwa Dr Mohd Asri kerana siasatan jabatan itu setakat ini belum mencukupi.

Dr Mohd Asri mempertikaikan arahan Jais memintanya hadir di Mahkamah Syariah Gombak Timur pagi semalam walaupun tidak mendakwanya.

Mohammed Khusrin kemudian berkata agamawan itu dibawa ke mahkamah bukan untuk didakwa tetapi untuk jaminan bon melanjutkan tempoh siasatan.

MalaysiaKini/-

Monday, November 2, 2009

Cerun Runtuh





CERUN RUNTUH... Jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching, Rawang ditutup kepada semua lalulintas hari ini akibat cerun runtuh pada 2.45 pagi tadi. Pengguna jalan persekutuan tersebut dinasihatkan menggunakan laluan alternatif sekiranya menghala ke Rawang dari Kuala Lumpur. -Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF

RAWANG: Jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching di sini ditutup kepada semua lalulintas hari ini akibat cerun runtuh pada 2.45 pagi tadi.

Cerun yang runtuh itu, berkeluasan 200 hingga 250 meter, menutupi laluan kedua-dua arah Jalan Rawang-Selayang menyebabkan lebih 80,000 pengguna tidak dapat melalui jalan itu yang ditutup sejak 4.45 pagi.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor melawat kawasan itu dan mengarahkan cawangan jalan dan cerun Jabatan Kerja Raya menyediakan satu laporan terperinci mengenai punca kejadian.

"Kerja pembinaan di kawasan berhampiran tempat kejadian harus dihentikan sementara menunggu laporan disiapkan bagi mengelak kejadian tanah runtuh berulang," katanya kepada pemberita.

Pada masa ini kerja pembersihan sedang giat dijalankan untuk membolehkan orang ramai kembali menggunakan laluan tersebut secepat mungkin.

Shaziman berkata jalan itu dijangka beroperasi seperti biasa pada pukul 7 pagi esok sekiranya tidak berlaku kejadian susulan dan hujan.

Pada 5.50 pagi, sepasukan polis serta unit anjing pengesan tiba di tempat kejadian dan mendapati tiada mangsa dan kenderaan yang tertimbus. BERNAMA

mStarOnline/-






http://www.blogger.com/html?blogID=3223003260029115393