Tuesday, October 27, 2009

Kisah Di Sekolah Aku

Assalammualaikum, hari nie saya ada satu kisah yang nak dikongsikan bersama pembaca.

Tadi kat sekolah waktu bahasa inggeris(BI), aku dan geng ada pertandingan masak. Nak dijadikan satu citer, ada la sorang hamba Allah nie yg over aktif sikit, entah ape mimpi hamba Allah yang sekor nie, masa orang lain tengah terang cara memasak kat depan, die ngan selamber rock nyer pegi keluar. Cikgu BI tu suruh masuk.tapi,die buat dek aje. AKIBATnyer, kumpulan memasak aku tak dapat rasa masakan team lain. pasal berapi satu badan, jadi la satu "perhimpunan haram kelas" sebagai tanda protes. Apa lagi, hamba Allah tadi pun kena la gas penyakit kepala ngan gas lidah berbisa. PERGH! Hamba Allah yang kuat ngejek orang nie pun mula nak berair mata. kelakar gila masa tu. kawan aku yang sekor nie pulak lagi dahsyat, die pegi ambik bawang letak depan mata die sendiri bagi berair sebagai tanda mengejek. Pastu,hamba Allah yang nangis betol nie tadi duduk sorang2 kat belakang kelas. ada la sorang nie pegi pujuk (bukan aku).Bila habis kelas, dia pegi surau tanpa geng (sekolah aku habis kelas memang pegi sembahyang Zohor secara berjemaah).Kena pulak die yang kena baca doa. dia baca dah la dengan microphone yang rosak, sambil nangis plak tu.Tak tau la nangis pasal diejek atau pasal insaf dengan perbuatan buruk die selama ini.Lepas turun dari surau die terus berambus. dalam hati aku punyer la lawaks.

-TAMAT-

p/s: Kalau anda adalah kawan saya yang nangis tu, saya ada satu ucapan. PADAN MUKA!

Saturday, October 17, 2009

Tinggal Sedetik...?

isk...isk...isk...sudah sebulan aku dan geng selesai menduduki UPSR, sekarang tunggu keputusan jer.makin lama makin dekat ngan alam persekolahan di form one. bila dah form one nanti, pasti aku dan geng berterabur ke mana-mana sekolah yg berbeza.tapi,aku harap persahabatan aku dan geng akan kekal selamanya.Insyaallah.

p/s:kalo ada geng yg benci ngan aku,kita damailah yer...azam,kita geng la balik yer?

Saturday, October 10, 2009

Slogan Hari Raye

Nampaknye slogan2 seperti "pandu cermat jiwa selamat' dan lain lain kurang berkesan di jiwa pemandu, saya ada beberape slogan untuk pemandu di jalan raya:-

*pandu dengan cepat,tak perlu ingat orang tersayang pasal diorang tak sayangkan anda

*hargailah nyawa orang lain walaupun nyawa anda tak berharga satu sen pun

*bayangkan yang anda terpaksa memakai kain kapan sebagai baju raya

*kalo lembu bole memandu, pasti lembu itu akan memandu laju macam korang

*walaupun korang orang yang paling expert memandu laju, namun kalau korang eksiden, satu perkataan je yang korang boleh sebut iaitu "TOLONG"!

SEKIAN,WASSALAM.

p/s:entah sapo la yg bagi idea bangang nie,hahahahahahahahahahaha.

Perpisahan

di kala ku sepi,kau pasti disisiku,
di kala ku sunyi,kau pasti menemaniku,
Ya Allah,temukanlah kami semula,
agar kejayaan dikecapi bersama.

Itulah yg dapat saya katakan apabila salah seorang sahabat aku iaitu azamuddin akan meniggalkan aku untuk seketika.Aku sedih kerana sekolah pun nak cuti akhir tahun,tetapi,sahabat aku tidak berada di sisi di waktu2 akhir persekolahan. Betapa besarnya nilai seorang sahabat. Jika pembaca ingin tahu nilai seorang sahabat, tunggulah ketika saat terakhir bersamanya. Jadi, hargailah sahabat anda.
http://www.blogger.com/html?blogID=3223003260029115393